Wednesday, April 6, 2011

* ibu *

IBU…
Dengan titisan ari susumu
Aku membesar sehingga kini….
Dengan titisan kasih sayangmu
Aku menjadi manja sebegini….
Dengan titisan pengorbananmu
Aku masih disini….
Dengan titisan ilmu mu
Kini aku dimenara gading
Dengan titisan keikhlasanmu
Aku memperoleh apa yang ku inginkan selama ini…

IBU….
Setulus kasihmu
Tak mampu ku cari ganti….
Setulus sayangmu terhadapku
Tak mampu ku peroleh dari orang lain…
Setulus belayanmu
Tak mampu ku nafikannya lagi…
Setulus pengorbanan mu
Tak mampu ku balasi…





IBU….

Hamper kesemua kudratmu
kau gunakan untuk menjagaku….
Hampir kesemua masamu
Dihabiskan untuk mendidik ku…
Hampir kesemua tenagamu
Digunakan untuk membesarkan ku…
Hampir kesemua fikiran mu
Di penuhi dengan ingatan mu terhadap ku…
Dan
Hampir kesemua ari mata mu
Mengalir disebabkan ku…

IBU…..
Setiap masamu
Tak lekang dari memikirkan tentang diri ku…
Tak habis dari fikiran mu bertanyakan tentang diriku…
Tak luput dari ingatanmu mengenangkan diriku…



IBU….
Kau sangat bermakna buat hidupku
Tanpamu hidup ku kosong…
Tanpa mu  siang ku tak bercahaya….
Tanpa mu malam ku tak berbulan…
Tanpa mu segala yang ku miliki tiada ertinya…
Tanpa mu semuanya menjadi hambar…
Tanpa mu ku hilang punca…
Tanpa mu ku tak mampu tersenyum…
Tanpa mu apa yang ku fikirkan menjadi sia – sia….

IBU….
Ku mohon kau halalkan setiap titis air susumu
Ku mohon kau halalkan setiap masa yang kau gunakan untuk memikirkan pasal diri ku
Ku mohon kau halalkan setiap kudrat mu yang kau gunakan untuk membesarkanku
Ku mohon kau halalkan setiap titisan air mata mu yang telah mengalir disebabkan ku
Ku mohon kau halalkan setiap apa yang kau sediakan untuk makan minum ku
Ku mohon kau halalkan setiap jasamu yang kau curahkan kepadaku…

IBU….
Maafkan ku kalau aku tak manjadi apa yang kau harapkan
Maafkan ku kalau aku melawan cakap mu
Maafkan ku kalau aku tak mendengar nasihat – nasihat mu terhadap ku
Maafkan ku kalau aku  mensia - siakan  kehidupan mu
Maafkan ku kalau aku terlepas pandang tentang dirimu
Maafkan ku kalau aku tak sempat membalas jasa muterhadap ku
Maafkan ku kalau  ini aku membuatkan mu menitiskan air mata mu…



IBU…
Tak kan ku lupakan belayan kasih mu
Tak kan ku lupakan segala pengorbanan mu
Tak kan ku lupakan segala yang kau lakukan untuk ku
Tak kan ku lupakan semua tentang mu
Tak kan ku lupakan apa yang telah kau ungkapkan kepada ku
Tak kan ku lupakan segala kenangan kite bersama
Tak kan ku lupakan setiap detik bersama mu
Tak kan ku lupakan semua yang kau curahkan kepada ku
Tak kan ku lupakan segalanya tentang mu
WAHAI IBU……
Kau segalanya buat ku….
TERIMA KASIH IBU atas segala – galanya yang kau lakukan untuk diri ku….












2 comments:

puteri.razaima.ramli said...

like your entry :)

b!lE aKu muLa bErkaTa-kAta~~ said...

thanks ma....huhuhuhuh...aper lg rajin2 lah berblogging ye...