Thursday, November 3, 2011

Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka






Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

:::::kerana ada rindu diBISMILLAHku:::::




















setiap inci doaku ada kamu
setiap selesai BISMILLAHku juga ada kamu
DIA MAHA MENGETAHUI
siapa raga yang selalu kurindu

:::::kerana ada rindu diBISMILLAHku:::::

* yang datang pasti akan pergi *





awak..
ketika TUHAN mempertemukan kita cintailah saya kerana DIA
dan janganlah terlalu bahagia
sebab dalam pertemuan selalu ada perpisahan
berbahagialah sekadar sahaja
berbahagialah dengan sederhana
kerana dengan kesederhanaan awak
saya masih bisa menempatkanTUHAN dalam cinta kita


AWAK
sewaktu kita menjalani cinta
biarlah dengan ikhlas didada kerana saya tahu saya bukan yang sempurna
jangan terlalu berharap kesempurnaan itu milik saya
namun selagi saya mampu saya akan memberikan yang terbaik untuk awak
maaf jika banyak perkara yang tidak dapat saya penuhi
bukan kerana saya tak mahu
tapi kerana saya tak mahu terlalu menangis nanti


AWAK
hanya doa yang mampu saya kirimkan untuk menjaga awak meskipun dalam jarak
hanya cinta dan setia yang mampu saya limpahkan
meskipun saya tahu awak takkan nampak
penuhilah diri awak dengan rasa percaya dan sabar
agar kita tak mengingkari cinta yang dengan susah payah kita perjuangkan
jalani kehendak TUHAN dengan sebaik-baiknya
kerana kita harus menghargai waktu yang DIA pinjamkan sejenak
kelak kita akan merindukan masa-masa  ini
masa yang dianugerahkan kepada kita hanya sekali
awak
saya telah belajar cara menghargai diri awak
kerana sungguh saya tak mahu menyesal dikemudian hari kerana tak sempat membahagiakan awak


AWAK
jika suatu hari nanti,awak akan kehilangan saya
ketahuilah yang saya telah berdoa agar awak diberi kekuatan
agar TUHAN menjadikan hati awak kuat seperti karang
agar awak bisa merelakan
yang datang pasti akan pergi

itu adalah kepercayaan yang harus dengan ikhlas untuk kita terima
jangan salahkan takdir jika ia membuat awak bersedih
kerana TUHAN maha adil
jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah
cukuplah itu sebagai penawar perih dan kekuatan buat saya yang awak mampu menjaga diri awak sendiri.
awak
tunjukkan wajah bahagia awak
wajah kekuatan awak
sebagaimana saat kali pertama kita bertemu
ikhlaskan pemergian saya dan ketika saya melepaskan awak
saat itu saya sangat menyintai awak