Sunday, May 29, 2011

kiSah donGeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela





Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Thursday, May 26, 2011

* anDai kAmu diTakd!rKAn uNtuk d!ri iNi *

andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini mohon agar kamu bisa menerima diri ini seadanya.....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini mohon agar kamu bisa mencintai diri ini semampunya.....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini mohon agar kamu bisa menjaga diri ini selagi terdaya....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini mohon agar kamu bisa membimbing diri ini ke taman FIRDAUSI.....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini mohon agar kamu bisa merelakan pemergian diri ini bila tiba saatnya....








andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini rasa bersyukur kerana ada kamu untuk menemani diri ini.....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini rasa bersyukur kerana ada kamu untuk menjadi teman berbual dikala sunyi....
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini rasa bersyukur kerana ada kamu untuk berkongsi suka duka bersama...
andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
diri ini rasa bersyukur kerana ada kamu untuk memberi bahu dikala diri ini bersedih...


andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
kamu tegurlah diri ini andai diri ini melakukan kesilapan....
kamu tegurlah diri ini andai diri ini tersalah kata......
kamu tegurlah diri ini andai diri ini terleka sesuatu......
kamu tegurlah diri ini andai diri ini alpha tentang kamu....
kamu tegurlah diri ini andai diri ini melampaui batas....
kamu tegurlah diri ini andai diri ini ada melukakan kamu....








andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
janganlah kamu mengasari diri ini........
janganlah kamu memperlakukan diri ini seperti boneka....
janganlah kamu membiarkan diri ini sendirian....
janganlah kamu menduakan diri ini.....
janganlah kamu mempermainkan diri ini..........
dan
janganlah kamu melukai diri ini........


andai kamu ditakdirkan untuk diri ini.......
jagalah diri ini semampunya...
peliharalah diri ini seadanya.....
bimbinglah diri ini ke jalan yang diredhai....
pimpinlah diri ini menuju taman FIRDAUSI....
dan
bersamalah diri ini menetap di SYURGA yang HAKIKI.....
INSYALLAH....AMIN.....


Wednesday, May 25, 2011


* seSucI kaS!h seEoraNg !stEri *




Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

k*A*m*u

kamu....
tiada niat dihati ini 
untuk membandingkan kamu dengan dia....
tiada niat dihati ini
untuk mengungkit kisah lalu....
tiada niat dihati ini
untuk mengenang kisah lalu....

kamu....
hati ini sebenarnya masih takut...
hati ini juga masih ragu-ragu tentang apa itu cinta....
hati ini juga masih terkejut dengan apa yang telah berlaku...
hati ini juga masih perlu mencari kekuatan....
hati ini juga masih memerlukan ruang dan waktu untuk kembali ceria....

kamu....
tidak bererti apa yang dicoretkan ini adalah kisah kami...
tidak bererti apa yang diluahkan adalah isi hati ini...
dan 
tidak bererti apa yang diceritakan adalah untuk mengenang kisah lalu....

kamu....
tidak dinafikan yang hati ini mulai rasa kehadiran kamu....
jiwa ini juga mulai tenang bila bersama kamu...
dan 
hati ini juga mulai lapang dengan kata-kata kamu...


namun
tak sempat hati ini meluahkan rasa hati...
kamu hilang dari pandangan....
kamu diam 1000 bahasa....
menyepi tanpa kabar berita...

kamu....
maafkan diri ini andai kamu terluka...
kamu....
maafkan diri ini andai kamu kecewa...
kamu....
maafkan diri ini andai kamu terasa....





kamu....
diri ini sedar yang diri ini masih kekurangan....
diri ini sedar yang diri ini masih perlukan bimbingan....
diri ini sedar yang diri ini masihperlu diperbaiki...

kamu.....
maafkan diri ini....
maafkan perbuatan diri ini...
maafkan segala yang pernah diri ini lakukan...
dan 
maafkan juga diri ini andai pernah membuat kamu kecewa...



maafkanlah diri ;(

Monday, May 23, 2011

 * jaNgan disEsaLi biLa iA tiAda laGi *


•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan




 
 
 
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini "

Saturday, May 7, 2011

lagi 1 contest...
n now





tak tau nk kata apa...
coz mmg tak reti bnda ni...
n ni my secound time join contest..
n ni jerk pic yg ok wat masa ni tok dipertaruhkan...
huhuhuh....






kepada 
hajar nur atiqah
chayok2.....
^_*

                           

Friday, May 6, 2011

" wAhaI hAti "
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnai...laihirajiun".
 


salam buat hati yg bersedih... tabahkanlah hatimu moga kau kan tetap merelakan kebahagiannya bersama insan baru.. tertulis sudah di LUH MAHFUZ bahawa dia telah menemukan cinta pertamanya yg sejati dr ALLAH.. alhamdulillah.. syukur ku panjatkan.. semoga dikau kan tetap berbahagia... berbahagia selamanya.. AMIN.
Pilunya hatiku, sungguh xdapat dinafikan hati siapalah yg ingin kan perpisahan denganmu.. Aku selalu mengingatkan hati ini bahawa bahagia yg kite lalui tidak akan selamanya indah.. Lantas Allah berikan dugaan ini padaku.. YaAllah.. kuatkah aku menghadapi semua ini? Tuhan tidak akan memberikan ujian sekiranya hamba-MU tidak dapat melaluinya. Sedetik , hati ini kembali tenang dengan ayat tersebut,, 

Sayang, seremuk mana jua hatiku, takkan ku mencuri kekasih org dari seorg insan bergelar wanita.. Ku juga wanita dan tentunya hati insan yg lemah ini aku juga dpt merasakan nya andai kekasihku diambil org.. Biarlah, ku berikan hati yg tidak seberapa ini sebagai galang ganti jika itu dapat memberikan 1000 hati berbunga atas perkahwinanmu kelak..
Undanglah aku sayang di hari perkahwinanamu.. kelak akan ku tabahkan hati ini sekeras kerikal, agar tidak akan setitis air mata pun tumpah apabila berhadapan denganmu.. Sayang, andai wujudnya alat pengukur kasih sayangku terhadapmu, tidak ada insan lain yg bertakhta di hatiku selainmu.. Setiap detik saat dan ketika, memori indah bersamamu kan ku bawa hingga akhir nafas ini sayang.. 


maLam seLinGkar kaSih 
sekAlunG buDi 09/10




lapa2 kAmi nk MakaN... :)




 * dinNer togeTher *
                                                                      


     




       " seBeLum mAkaN aPa2 p0n poSinG duLu "











ok meJa kaMi saNgaT peNuh...seKian









sAy sMilE





senYum taK perLu kaTa apA2..... :)








blAck VS oRanGe









     yAniE senyUm lAh...huhuh

















ok soRry guyS gmbAr i terbEsak laK...
huhuhuh...
DATIN lah kAtakan...
:)




sgt seronok masa ni..hope we can like this another time...
see u'all next sEm okies....
daaaa.....
muahhhhxxxxx
^_*




Thursday, May 5, 2011

* BöneKakaH aku *




Setelah apa yang kau lakukan kepadaku,
ku masih disini meniti kehidupan yang suram tanpa ditemani..
kau pelakukan ku seperti boneka..
datang memeluk bila kesunyian..
datang mengadu bila kesedihan..
datang berbicara bila tiada teman..
datang mengeluh bila dimarahi..
namun akhirnya kau pergi meninggalkanku 
bila kau mulai tersenyum semula,
membiarkan aku keseorangan
tanpa ditemani..
kau buang jauh aku dari hidupmu..
Kau langsung tak menoleh ke arah ku..
Kau tidak menyedari akan kewujudanku..
Kau bagaikan manusia lupa daratan..
lupa di mana tempat kau mengadu bila kau bersedih..
lupa di mana tempat kau berbicara bila kau tiada teman..
lupa di mana tempat kau mengeluh bila kau dimarahi..
sungguh kejam pelakuanmu terhadap ku..
hati ini bagaikan ditikamdengan semilu tajam..
namun kau langsung tak mengendahkanku..
kau alpa siapa aku pada kau dahulu..
kau berpura-pura tak mengerti apa 
yang aku bicarakan pada kau..
namun aku tak pernah mengeluh atas 
apa yang kau lakukan terhadapku..
tak pernah aku membentak terhadap 
pelakuan mu terhadapku..
tak pernah aku menengking mu 
bila kau melukai hati ku..
tak pernah terlintas di benak 
hatiku untuk membalas dendam..
kerana...
aku tahu akan ada yang lebih berkuasa 
akan membalasnya untuk ku...
ku tahu akan ada yang merawat penderitaan ku...
yang perlu sekarang ini adalah mendekatkan 
diri pada yang Maha ESA dan menjadikan DIA cinta hakiki 
yang tak pernah berpaling dari hambanya yang di kasihi....

Sunday, May 1, 2011

1st Contest : Pose Depan Cermin

ni first time kowt join contest kt blog ni...
huhu
thanks to hajar nur atiqah coz memperkenalkan contest ni...

gmbr ni pose mase g singapura last sem..
 lokasi : masjid sultan singapura
with : puteri razaima binti ramli n nurlida binti a.rahman







hajar nur atiqah
nur lili zakiah
achu dean
intan nur syahirah
chayok2 yerk kwn2....