Friday, February 11, 2011

tipS mEnawAn hAti sesEoraNg

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?


Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

  • "Bila awak nak cari teman lelaki?"
  • "Bila awak nak kahwin?"
  • "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...


Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang awak perlu tahu...


Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah... dengan bantuan.. Panduan Cinta...

* seHidUp sEmaTi *

Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia


Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu


Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya

Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia

Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya


Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)

Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi


"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"