Wednesday, April 20, 2011

Ku mencari kebahagiaan disisi teman-teman,
Yang ku temui hanya kelalaian,
Ku terus mencari lagi..
Di hati seorang kekasih pula,
Hanya kekecewaan yang aku dapat,
Ku terus mencari dan mencari lagi..
Tetapi penuh dengan kekosongan...
Di mana harus aku cari lagi?
Membawa sekeping hati yang penuh dengan kerinduan..
Kerinduan yang aku sendiri tidak tahu,
Aku keliru,
Apa yang aku cari,
Apa yang aku inginkan?
Apa yang aku mahukan?
Apa yang aku perlukan?
Aku tak mengerti,
Yang pasti hatiku kekosongan


pemBeri daN peNerimA tUlang rUsuk~~~



kalau Orang kata,sedih??
aku akan jawab,memang aku sedang bersedih...








knp???
sejenak aku berfikir.............
knp ya, PEMBERI tulang rusuk selalu aku rasakan menyeksa HATI
PENERIMANYA??

mereka sebagai seorang LELAKI yg mulia hati
dan budi pekertinya seharusnya menerima teguran ini umpama
seorang PEMIMPIN yg sedang menerima teguran RAKYATNYA...

dan sudah tentu teguran ini bukanlah untuk 
menjatuhkan maruahnya sebagai seorang LELAKI,
akan tetapi, dia seharusnya menerima positif akan teguran ini
untuk memperbaiki cara kepimpinan yg betul dan sentiasa di redhai Allah...


tidak patut rasanya sebagai insan yg bergelar LELAKI,SUAMI,
PEMIMPIN, serta IMAM dlm rumah tangga,
memarahi insan yg bergelar WANITA atau ISTERI...


aku tahu...dan aku pasti, semua orang tahu...
seorang WANITA di ciptakan dari tulang rusuk kiri yg bengkok...
betul???

mana mungkin tulang rusuk yg bengkok itu akan sempurna,
sedangkan ia tidak di luruskan oleh kelembutan dan keluhuran
hati si PEMBERINYA, iaitu insan yg di gelar LELAKI  atau SUAMI...
dialah IMAM...dan dia jugalah PEMIMPIN...

walaupun LELAKI adalah PEMILIK rusuk itu,
namun....hati WANITA tidak seharusnya di sakiti
hanya kerana kamu wahai LELAKI adalah PEMILIK rusuk itu.....
ringankanlah tenganmu untuk membantu ISTERIMU itu...
bukan hanya pandai menyuruh...dan menengking
sehingga melukakan hati ISTERIMU...
jangan kamu hina dan keji WANITA itu,
kerana WANITA itulah yg telah melahirkan zuriatmu
wahai LELAKI....
kerana WANITA itu lah yang akan memberikan ketenangan
tatkala LELAKI dirundung masalah…
kerana WANITA itu jugalah yang akan memberi kesenangan
dikala LELAKI dalam kesukaran…


sAhaBat

sahabat....
kadang - kadang kita terleka
dengan gelak tawa itu....
kita sangkakan yang kita 
bahagia bersama
sedangkan dalam kita bergembira
ada antara sahabat kita
yang sedang kecewa dan berduka.....


sahabat....
dalam kita berasa selesa
dengan ape yang kita ada sekarang
sebenarnya kita dalam keadaan 
yang hampir musnah
kerena keselesaan itu sebenarnya 
memusnahkan dalam diam...






sahabat.... 
dalam kita mencari erti kehidupan
kita perlu berhati-hati...
berhati-hati supaya kelak 
kita tak menyesal dengan apa yang kita perolehi
dalam kehidupan ini banyak onak duri
yang perlu kita lalui
bersabarlah melaluinya kerana
kelak akan dijanjikan kemanisan di
setiap balik kepahitan itu...


sahabat....
dalam kita mengenal apa itu cinta
kita seharusnya mencintai diri kita terlebih dahulu...
belajar mencintai diri sendiri
sebelum cinta itu diserahkan
kepada orang lain
kerana kelak takut kita
tak mampu untuk mencintai sesiapa
bila cinta kita dikhianati....


sahabat....
dalam usaha kita memburu
si dia yang dijanjikan untuk kita
kita kena berhati-hati
takut-takut tersalah buru
kelak kita yang kecewa...
biar memilih jangan sampai tersalah pilih...
pilihlah seseorang yang menjaga kita susah senang...
pilihlah seseorang yang bole terima kita seadanya kita....
pilihlah dia jika dia benar-benar boleh menjaga aib kita...
pilihlah dia bila dia betul-betul bertanggungjawab terhadap kita...










sahabat....
dalam usaha kita untuk
mengecapi kebahagiaan
kita harus lalui kesedihan dan kekecewaan
tak akan dirasai kemanisan itu tanpa
sedikit kepahitan
tak akan terjatuhnya air mata itu
tanpa kekecewaan
telah dijanjikan kebahagiaan itu akan
dikecapi semua
cuma masa dan cara
yang membezakan kebahagian
setiap orang itu....


sahabat....
bersabarlah bila kamu sedang diuji
berfikirlah dengan tenang bila kamu dlm usaha menyelesaikan masalah...
bertawakallah bila kamu sudah berusaha sedaya upaya memperbaikinya...
menangislah bila kamu rasa hati kamu sedang dikecewakan...
dan
senyumlah bila kamu mulai rasa kebahagian itu hadir...


sahabat....
sesungguhnya aku masih disini
sentiasa berada dibelakangmu walau apa pun yang terjadi
bahu ku masih milik mu selagi kau memerlukannya
nagislah semahunya agar kelak bila kau bangkit dari tidur itu
kau akan tersenyum.....