Thursday, February 16, 2012

:: aku tidak cantik dimata manusia ::

..Bismillahirahmanirahim..





Ya ALLAH..
Walaupun aku tidak cantik dimata manusia,

cukuplah sekadar cantik dihadapan Mu dan bakal suamiku .

Sunday, February 12, 2012

:: hati menangislah ::

..Bismillahirahmanirahim..



INDAH...
Jika sedih,
maka menangislah...
Tidak ada apa yang memalukan...
Menangisi jangan meratapi...
kerana menangis itu satu terapi...
Tetapi,
ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan...
Kerana kasih Allahlah kita punya air mata...
Bayangkan jika kita sedih,
tapi Allah tak kurniakan kita air mata,..
pasti seksa hati menahan sedih dalam diri...

Saturday, February 11, 2012

:: jaga hati ::

..Bismillahirahmanirahim..


Wahai gadis, 
Cinta sejati,
bukan dari mata turun ke hati…
Tetapi dari hati turun ke mata…
Kerana hati yang mengawal mata bukan mata yang mengawal hati…  
jagaah hati mu sebaiknya....
insyaALLAH akan temui cinta SEJATI yang kau cari selama ini.....

Wednesday, February 8, 2012

:: pengikat hati ::

..Bismillahirahmanirahim..



Jadikan kasih sayang pengikat hati...
Dan jadikan sifat penyayang pengikat jiwa...

Berpeganglah pada satu,
jadikan Allah sebagai pelindung kita..

Insyaallah hidup kekal bahagia...
AMIN.....

Tuesday, February 7, 2012

:: dimana BAHAGIA itu ::

..Bismillahirahmanirahim..





Jangan diletak keBAHAGIan pada rupa,
apabila tua,hilanglah bahagia.....
Jangan pada harta,
bila mati , pasti tidak bahagia.....
Jangan pada manusia,
kelak mereka boleh berubah & tinggalkan kita.....
Jangan pada pujian,
kerana ia akan putus jua.....
jangan pula pada pangkat,
semua boleh terangkat & pasti mangkat.....
TAPI letaklah BAHAGIA pada mencari redha Allah,
dengan taatiNya,
kerana Dia tidak akan hilang,
mati atau berubah & janjiNya pasti....
dengan itu,
kita masih mampu BAHAGIA di celah masalah duniawi yg sementara........

Friday, February 3, 2012

:: bercinta sampai ke syurga ::

..Bismillahirahmanirahim..







‎" Ya Allah...
aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam jenis cinta sebelum aku berjaya mendakap cintaMU...
Terlalu sakit rasanya Ya Allah..
jatuh tersungkur....
menjerit dan menangis hanya KAU yang tahu..
Moga pencarian cintaku akan berakhir di atas sandaran cintaMU yang KAU REDHAI.."