Saturday, December 22, 2012

:: kita yang kecewa ::

ASSALAMUALAIKUM.....





Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

:: buat kamu bakal IMAMku ::

ASSALAMUALAIKUM....









bakal suamiku,

aku tidak tahu siapa kamu tapi aku hanya akan mencintaimu....
cita-citaku hanya satu...
menjadi wanita yang solehah...
agar kita dapat menuju ke syurga,bersama :')
itu sahaja yang aku mahu dari kamu....
INSYALLAH...AMIN :)

Thursday, November 1, 2012

ASSALAMUALAIKUM.......



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya....


JUJUR....aku RINDU :(




Friday, October 12, 2012

:: hampa hati ::

ASSALAMUALAIKUM.......




jangan larut hampa dalam harapan yang telah kecundang, 
percayalah bahawa Allah maha melindungi 
dan
Dia sedang memberikanmu ujian sebagai sumber kekuatan. 
dunia bukan apa-apa jika dibandingkan nikmat di akhirat nanti. 
maka, sabarlah dan raihlah keredaanNya..


hati....
mohon agar 
jangan biarkan hampa
mengawal diri....

#ZAR





Wednesday, October 10, 2012

:: YAKIN dan PERCAYA



ASSALAMUALAIKUM.......





Buat awak, saya akan jaga hati saya dan saya harap awak akan jaga hati awak sampai kita disatukan dengan ikatan yang sah. Selama mana kita belum sah, selama itulah kita harus menyembunyikan perasaan masing-masing agar tak terkelihatan, meski kelukaan....Saya yakin dengan janji Allah, maka kita juga harus yakin bahawa jodoh itu rahsia Allah...



kamo...
selagi kite belum halal...
jarak itu pasti  memisahkan kita...
bkn apa cuma mahu kita sama-sama menjaga...
moga kita terus terpelihara...

INSYALLAH...
AMIN...
kita sama-sama usaha...
YAKIN dan PERCAYA...
:)


Saturday, October 6, 2012

:: pesan pada diri ::

Jika tak mampu mencinta, 
jangan pernah sentuh hati seseorang. 
Jika tak mampu setia, 
jangan pernah mengukir janji. 
Jika tak mampu menggenggam hubungan,
jangan pernah beri harapan.  

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. 
Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan. 
Pesan pada diri, 
usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tidak mengerti.  
Sekali kau memberi, 
selamanya dia di hati. 
Sekali kau dilukai, 
sampai bila-bila tetap kau ingati. 
Pesan lagi pada diri,

hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati.



#ya.aku.masih.lemah.

Saturday, May 5, 2012

:: YAALLAH aku rindu ::

 ....BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....





"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah..
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu.." 
kerana aku takut rinduku padanya juga semakin jauh.... ^_^

Wednesday, March 14, 2012

:: Ajarkan aku wahai IBU ::

 ..Bismillahirahmanirahim..



Adakalanya aku buta dalam cahaya...
Adakalanya aku kabur dalam sinar...
Adakalanya aku lalai dalam senang....
lalu,
ajarkan aku wahai IBU...
kerana,
REDHAmu adalah SYURGA buatku...

Thursday, February 16, 2012

:: aku tidak cantik dimata manusia ::

..Bismillahirahmanirahim..





Ya ALLAH..
Walaupun aku tidak cantik dimata manusia,

cukuplah sekadar cantik dihadapan Mu dan bakal suamiku .

Sunday, February 12, 2012

:: hati menangislah ::

..Bismillahirahmanirahim..



INDAH...
Jika sedih,
maka menangislah...
Tidak ada apa yang memalukan...
Menangisi jangan meratapi...
kerana menangis itu satu terapi...
Tetapi,
ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan...
Kerana kasih Allahlah kita punya air mata...
Bayangkan jika kita sedih,
tapi Allah tak kurniakan kita air mata,..
pasti seksa hati menahan sedih dalam diri...

Saturday, February 11, 2012

:: jaga hati ::

..Bismillahirahmanirahim..


Wahai gadis, 
Cinta sejati,
bukan dari mata turun ke hati…
Tetapi dari hati turun ke mata…
Kerana hati yang mengawal mata bukan mata yang mengawal hati…  
jagaah hati mu sebaiknya....
insyaALLAH akan temui cinta SEJATI yang kau cari selama ini.....

Wednesday, February 8, 2012

:: pengikat hati ::

..Bismillahirahmanirahim..



Jadikan kasih sayang pengikat hati...
Dan jadikan sifat penyayang pengikat jiwa...

Berpeganglah pada satu,
jadikan Allah sebagai pelindung kita..

Insyaallah hidup kekal bahagia...
AMIN.....

Tuesday, February 7, 2012

:: dimana BAHAGIA itu ::

..Bismillahirahmanirahim..





Jangan diletak keBAHAGIan pada rupa,
apabila tua,hilanglah bahagia.....
Jangan pada harta,
bila mati , pasti tidak bahagia.....
Jangan pada manusia,
kelak mereka boleh berubah & tinggalkan kita.....
Jangan pada pujian,
kerana ia akan putus jua.....
jangan pula pada pangkat,
semua boleh terangkat & pasti mangkat.....
TAPI letaklah BAHAGIA pada mencari redha Allah,
dengan taatiNya,
kerana Dia tidak akan hilang,
mati atau berubah & janjiNya pasti....
dengan itu,
kita masih mampu BAHAGIA di celah masalah duniawi yg sementara........

Friday, February 3, 2012

:: bercinta sampai ke syurga ::

..Bismillahirahmanirahim..







‎" Ya Allah...
aku terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam jenis cinta sebelum aku berjaya mendakap cintaMU...
Terlalu sakit rasanya Ya Allah..
jatuh tersungkur....
menjerit dan menangis hanya KAU yang tahu..
Moga pencarian cintaku akan berakhir di atas sandaran cintaMU yang KAU REDHAI.."

Monday, January 30, 2012

:: buat engkau yang bernama DIRI ::

..Bismillahirahmanirahim..




BUAT ENGAKU BERNAMA DIRI ....  
Kau tahu apa yang kau hilang? 
Itulah dia, 
kau hilang cintamu kepada Tuhan, 
Jadi, 
buat kau yang bernama diri, 
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu, 
Carilah kembali apa yang kau hilang, 
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi, 
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki......

Sunday, January 29, 2012

:: damailah hati ::

..Bismillahirahmanirahim..






Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu… 
Yang menciptakan segalanya, 
Yang menimpakan ujian, 
Yang menjadikan sakit hatimu, 
Yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
Serta menyusahkan hidupmu, 
Pasti akan damailah hatimu…  
Kerana masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
Retaknya hatimu, 
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu…  
Kerana DIA tahu, 
Hati yang sebeginilah yang lebih lunak, 
Mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA..

:: dari sujud ke sujud ::


..Bismillahirahmanirahim..

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud

Wednesday, January 25, 2012

:: apa khabar HATI ::

..Bismillahirahmanirahim..




♥..Wahai hati bagaimana keadaanmu saat ini.....
Sudahkah memaafkan dia yang menyakitimu, 
mendzalimi dan menggoreskan luka didalamnya........ 
Sudahkah mendoakan kebaikan 
untuk dia yang membuatmu menangis........ 
Sungguh tak ada kebaikan 
pada hati yang mendendam.....
Hati bukan tempat untuk 
nafsu dan syaitan bersemayam, 
yang akan membuat diri terhijab dariNYA..♥

:: sempurnakanlah sebahagian dari agama mu ::

..Bismillahirahmanirahim..








Perkahwinan itu fitrah, 
perkahwinan itu sunnah......... 
Mendirikan rumahtangga 
bermakna telah mendirikan 
sebahagian AGAMA....... 
Tidak perlu mencari 
yang terlalu sempurna, 
tetapi berusahalah menjadikan
pasangan kita SEMPURNA.....

Saturday, January 21, 2012

♥ wahai lelaki ♥

..Bismillahirahmanirahim..








♥ "...Wahai lelaki...
jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, 
jagalah dia dengan baik, 
kasihanilah dia, 
lindungilah dia, 
berilah kasih sayang padanya, 
hargailah dia, 
ucapkan terima kasih atas kelebihannya, 
nasihatilah dia, 
bawalah dia ke jalan Allah, 
perbetulkan kesilapannya, 
bersabar dengannya, 
terimalah & cintailah kekurangannya, 
jadi imam terbaik buatnya dan redhalah padanya...
moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu..." ♥

Wednesday, January 18, 2012

:: maaf kerana aku ::


..Bismillahirahmanirahim..







Maaf kerana aku menjauhkan diri darimu..
Maaf kerana aku melukakan hatimu..
Maaf kerana aku menolak cintamu..
Maaf juga jika aku bertindak "SOMBONG" di
hadapanmu.. 

::Kerana aku BIMBANG dirimu BERDOSA di atas kehadiranku dalam hidupmu, dan juga TAKUT
kehadiranku membawa FITNAH ke atas dirimu..kerana aku wanita biasa yang mampu MERUNTUHKAN tembok KEKUATAN dan KECEKALAN
seorang lelaki.. :) :)

:: jangan menunggu ::

..Bismillahirahmanirahim..







Jangan menunggu bahagia baru tersenyum

tapi tersenyumlah, maka akan bahagia....



Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya....



Jangan menunggu cinta baru berta’aruf

tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam redhaNya....



Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin
tapi berkahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu....