Thursday, March 31, 2011

biLa haTi mUla tErseNyum

wahai hati yang LEMAH......
bersabarlah bila kamu diuji...
senyumlah bila kamu mulai resah....
tabahlah bila kamu diasak dengan masalah....
percayalah pada TAKDIR yang MAHA ESA
bahawa setiap apa jua yang berlaku ada hikmahnya....
percayalah bila kamu bersabar
kamu akan tersenyum pada penghujungnya
dan kamu akan temuai kemanisannya....


wahai hati yang KECIL....
janganlah kamu takut bila diuji...
janganlah kamu gelabah bila dilanda musibah...
janganlah kamu berasa gayat bila berada ditempat tinggi.....
kerana bile kamu terlalu takut,gelabah dan gayat,
kamu akan terus-terus diperkecilkan..
walaupon kamu kecil,bergayalah seperti kamu besar..
walaupon kamu kecil,buktikan pada diri yang kamu masih mampu melalui
segalanya...








wahai hati yang GUNDAH GULANA....
sampai bila kamu mahu begini...
sentiasa resah dan gundah gulana bila diuji....
sentiasa resah dan gundah gulana bila ada yang bermain difikiran...
sentiasa resah dan gundah gulana bila perasaan tidak tenteram...
janganlag begitu wahai hati takut kamu tak lemah bila diuji...
takut kamu cepat melatah bila disergah
takut kamu mudah melenting bila kamu diusik..
kawallah perasaan gundah gulana kamu itu..
percayalah yang kamu boleh mengawalnya
pastikan kamu sentiasa steady walau apa pun terjadi..


wahai hati yang BERCELARU
jangan diasak hati kamu bila kamu ditimpa masalah....
jangan disalahkan hati itu kalau kamu mulai menyesal...
jangan di marahi hati itu bile semua ini terjadi..
lapangkanlah dadamu...
tenangkanlah hati mu...
luaskan pemekiran mu...
INSYALLAH akan kamu temuai
NUR CAHAYA yang akan membantumu
keluar dari kecelaruan itu...










SENYUMLAH wahai hati bila kamu  rasa bagahia....
KATAKANLAH sesuatu bila kamu rasa kebenaran hampir terbukti...
LUAHKANLAH apa yang kamu rasai bila kamu mulai menyukai sesuatu....
BERSABARLAH wahai hati bila kamu sedang diuji...
dan
KETAWALAH bila kamu rasa perkara itu mencuit hatimu....

Tuesday, March 29, 2011

* mAafkAn saYa aWak *

setelah setahun saya berusaha memujuk hati yang duka lara ini.akhirnya saya berjaya juga merawatnya.dalam tempoh masa itu sayalah nursenya dan sayalah doktornya untuk merawat sekeping hati yang kecewa ini..
dan ALHAMDULILLAH saya berjaya juga merawatnya...dan iany kembali berdenyut seperti biasa.luka yang lama berdarah kini kembali sembuh.hati yang dulu meronta-ronta kesakitan akhirnya kembali berfungsi.dada yang dahulunya sesak kini kembali lapang.lidah yang dahulunya kelu kini mulai bergerak.bibir yang dahulunya bisu kini mulai berkata-kata.semuanya saya yang rawat sendirian tanpa AWAK.saya bersyukur kerana saya berjaya melaluinya.....
namun semuanya hanya seketika.saya tewas buat kali keseterusnya.saya terlupa tentang kesakitan ditinggalkan dahulu.saya fikirkan yang mentari muncul kembali.rupa-rupanya awan hitam datang dalam diam.saya kecewa sekali lagi.saya dikecewakan buat kali kedua.saya ingat dialah yang akan membantu saya tok melupakan awak dan merawat hati saya.rupanya dia datang hanyalah untuk melukan hati saya semula.




AWAK...
kalau awak ada,saya nak sangat kongsi suka duka saya dengan awak.namun semua itu hanyalah mimpi.mimpi yang tak akan menjadi realiti.agaknya da memang tersurat takdir hidup saya macam ni.saya alpha tentang hati saya sendiri.saya terlupa tentang kesakitan ditinggalkan sehingga saya disakiti lagi..
AWAK...
awak tahu tak betapa siksanya merawat hati yang disakiti???
awak tahu tak betapa peritnya memujuk hati sendiri.awak kenapa mesti saya???kenapa mesti saya seorang saja yang merasainya???saya dikecewakan,sedangkan awak langsung awak tak merasai apa itu kekecewaan.awak langsung tak mengerti pasal perasaan ini.awak leka dengan kebahagian awak.sehingga melupakan derita yang saya tanggung sendirian.awak biarkan hati ini terus- terus dilukai.kenapa wak tak datang selamatkan saya macam spiderman selamatkan dunia.kenapa awak???kenapa???agaknya memang da tertulis kehidupan saya sebegini,merasai kekecewaan sebelum menikmati kemanisan.
AWAK....
kini tiada lagi air mata yang mampu saya leraikan kerana semuanya sudah habis dikeluarkan dahulu.sehingga saya takmampu untuk menagis sekarang.awak tahu tak yang ini lagi memeritkan saya.awak tahu tak yang kini hanya hati saya yang boleh menangis.jiwa saya tersiksa wak.sebab saya tak boleh nak luahkannya lagi.hati saya hancur kembali.jiwa saya menangis satiap hari.siksanya saya lalui tiada siapa yang mengerti...
AWAK...
awak tahu tak selama ni saya berpura-pura??
berpura-pura kuat sedangkan saya tak sekuat itu.berpura-pura tabah sedangkan saya lemah.berpura-pura ketawa sedangkan jiwasaya menangis.berpura-pura gembira sedangkan hati saya merana..berpura-pura bahagia sedangkan saya derita.saya lakukan semua ini utk merawat hati saya.sampaikan kini saya dah tak mampu lagi untuk berpura-pura.saya terlupa macam mana nak SENYUM.saya terlupa macam mana nak pujuk hati saya kembali.saya terlupa macam mana nak berpura-pura bahagia.saya terlupa macam mana nak teruskan merawat perasaan ini.
AWAK....
perlukah saya terus berpura-pura?sedangkan saya kecewa..perlukah saya terus berpura-pura?.sedangkan hati saya meronta-ronta kesedihan?perlukah saya terus berpura-pura?sedangkan saya dah tak mampu untuk ketawa.perlukah saya terus berpura-pura?sedangkan saya menderita.perlukah saya terus berpura-pura?sedangkan hati saya masih merindui??
AWAK...
maafkan saya sebab saya tak dengar cakap awak.saya tak buat apa yang awak suruh.awak suruh saya lupakan awak.tapi saya tak mampu melakukannya.awak suruh saya cari yang lain.namun saya tak ketemu.awak suruh saya berhenti menangis.tapi saya tak berdaya.awak suruh saya berhenti berharap.tapi saya tak berjaya melakukannya.sebab CINTA saya terhadap awak masih subur diHATI ini.kerana CINTA saya masih kekal ABADI.kerana CINTA saya masih mekar diHATI....
awak maafkan saya ye...
saya kan cuba buat apa yang awak suruh.tapi semuanya memerlukan masa.awak baga saya masa ye...
susah untuk saya lakukannya kerana saya MASIH CINTAKAN awak...
sorry sangat-sangat ;(

Wednesday, March 23, 2011

hoW to F0rGet

forget his name....
forget his face....
forget where his live...
forget the love that you once knew...
remember he has SOMEONE NEW...
forget him when they palyed your song
remember when you cried all night long...
forget how close you once were....
remember he has CHOOSEN HER....
forget how you memorized his walk...
forget the way he used to say....
remember he has GONE AWAY....
forget his laugh...
forget his grim....
forget the dimples on his chin....
forget the way he held tight....
forget the time that went so

Tuesday, March 22, 2011

aWak !!!!!

awak...
pada aslany kita kawan...
kita bergurau bersama dan ketawa bersama...
kita selalu berhubung...
namun tak pernah kita berbicara soal HATI....
kita kenal atas kawan...
tapi tak sangka perkenalan kita berpanjangan 
n kita serasi sebegini....

awak.....
pada saat pertama sy berjumpa dengan awak....
sy terfikir adakah benar apa yg sy lakukan???
sy terpaku melihat awak waktu itu...
namun semuany hanya sementara...
kita berbicara dan ketawa seperti biasa....

awak....
pada saat awak hantar sy pulang...
sy menjadi keliru...
tak tahu apa yg dipikirkan dan apa yang da berlaku....
sy menjadi serba tak kene....
hilang punca dibuatny....
sy sendiri tak tahu kenapa dan mengapa....

awak....
pada malam itu kita berbicara....
awak persoalkan tentang perasaan sy....
awak cuba mencari kepastian terhadap perasaan hati kita.....
awak cakap awak nk tahu apa yg saya rasa dan fikirkan....
awak sedaya upaya mencari kepastian itu...
awak memcari peluang utk mengatahui isi hati sy...
awak berusaha sehingga awak mendapat apa yg awak cari....



awak....
pada malam itu kita masih berbicara soal hati....
sy luahkan semua yg terbuku dihati....
sekadar ingin memberitahu isi hati....
sy mulai suka bila pertama kali melihat awak....
pada malam itu...
sy cerita segala isi hati pd awak....
sy malu sgt2 time tu....
tapi awak menenagkan sy...
awak terima dan mengakui apa yg sy rasai...
kerana awk jugak merasainy....

awak...
akhirnya kita membuat kata putus...
kerana tak mahu kehilangan antara 1 sama lain....
kita bersatu sebagai kekasih pada malam itu....
kita berbicara tentang 2 hati yg ingin bersatu...



awak...
pd awal percintaan kita...
sy merasakan kebahagian itu milik kita...
awak sentiasa memberi semangat pd saya bila
saya hampir kecundang....
awak sentiasa berada dibelakang sy bila
sy hampir tersungkur....

awak....
pada asal perhubungan kita sy sgt2 risau...
risau2 kalo sy ditinggalkan...
risau kalo2 awak membenci sy....
risau kalo 2 hati mula berentakan...
namun awak menidakkan apa yg sy risaukan....
sebab awak berjanji tok menjaga sy dan menerima sy 
seadanya sy...
awak pujuk hati sy supaya jangan sangsi dengan perasaan kita....

awak....
awak sering taburkan janji dan harapan pd sy....
awak berjanji tak akan meninggalkan sy walauapapun terjadi...
awak buat sy tersenyum sendirian..
namun 
semua itu hanyalah seketika....
hubungan kita bagaikan dilanda TSUNAMI...
sekelip mata semuany bertukar menjadi derita....
semuanya hilang tanpa diduga....
awak semakin jauh dr sy....
awak tinggalkan sy tanpa kabar berita...
awak hancurkan harapan kita....
awak musnahkan segalany yg kita bina...
awak pergi tanpa secebis kata....
awak lansung tak hiraukan perasaan sy...
awak pergi tanpa menunaikan janji2 awak...
awak tinggalkan sy dengan 1001 pertanyaan....
AWAK.....kenapa TINGGALKAN saya?????



awak....
sampai sekarang sy masih tertanya2....
apa salah sy sampai awak tinggalkan sy....
awak tinggalkan sy masa sy perlukan awk sgt2....
awak buat sy kecewa masa tu...
awak buat sy tertunggu2....
awak buat sy menjadi buntu....
sy harap awk kembali utk memberi penjelasan...
namun semuany hanya lah harapan....
awk x kembali pon utk menerangkan pd sy semuany....
tapi tak mengapa sy REDHA dgn semua ni...
sy PASRAH kalau itulah ketentuanNYA...
sy berusaha memujuk hati ini...
namun dlm usaha sy itu...
sy msh tertanya2
kenapa awak tinggalkan sy????
kenapa awak tinggalkan kenangan utk sy????
bukan kenangan yg sy perlukan masa ini...
sy perlukan penjelasan...
namun sy tak memperolehiny...
awak dah hancurkan harapan yg kita sama2 bina...
awak hancurkan hati sy...
awak khianati kepercayaan sy..
dan awak cipta PUSARA KEHANCURAN dalam kamus hidup sy....



awak...
kini sy mulai sedar....
dan sy da maafkan awak...
sy da mulai belajar utk menerima kenyataan
yang awak bukan dicipta utk sy...
dan sy bukan lah utk awak....
sy mulai mengumpul kekuatan utk kembali seperti dahulu....
dan saya sedang berusaha memujuk HATI yg lara...
dan kini sy hampir berjaya melaluiny...

awak....
awak terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup sy...
terima kasih sebab pernah menjadi sebahagian dr sy walaupon seketika...
terima kasih kerana telah mengukir senyuman dibibir ini walaupon seketika....
terima kasih kerana telah mewarnai kehidupan sy walaupon sementara...
terima kasih sebab pernah menjadi tulang belakang sy walaupon sekejap...
terima kasih kerana pernah membahagiakan sy walaupon sementara...




awak...
kini sy mulai sedar akan kenyataan itu...
dan sy mulai tabah melaluiny....
awak sy nak uccapkan terima kasih kerana awak telah mengajar
sy erti KASIH....SAYANG...dan CINTA.....
TERIMA KASIH AWAK.....

Wednesday, March 16, 2011

Andai itulah takdirnya kehidupanku…

Andai itulah takdirnya kehidupanku…
Aku REDHA….

Andai itulah yg terbaek untuk ku…
Aku PASRAH….

Andai die bukan dicipta utk ku…
Aku RELA melepaskan ny pergi…

Andai inilah suratanny kehidupanku….
Aku MENGERTI…

Andai itu yang tertulis utk ku…
Aku MENURUTI…

Andai itu kesudahanny…
Aku TERIMA dengan hati yg terbuka….

Andai itu yg terpaksa ku lalui…
Aku tak akan MENYESAL….

Andai setakat itu KEMANISAN yang ku nikmati bersamany...
Aku AKUR ngan KETENTUANNYA.....

Namun ku hanya memerlukan MASA
Aku memerlukan KEKUATAN…
Aku memerlukan KETENANGAN…
Aku memerlukan KESABARAN…
Aku memelukan KETABAHAN
Tok aku melupakan semua ini….
Aku masih lemah….
Namun aku harus bangkit dr KELEMAHAN itu…

j!ka aKu jAtuH c!nTa ^_*








Ya Allah, jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pd seseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai-Mu


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yg hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku
dlm jurang cinta semu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-Mu

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah. jika aku rindu
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurga-Mu

Ya Allah, jika aku menikmati
cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat disepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati
pada kekasih-Mu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang
menyeru manusia kpd-Mu

Ya Allah , jika kau halalkan
aku merindui kekasih-Mu
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku 
pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kpd-Mu

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta pada-Mu
telah berjumpa dalam taat pada-Mu, telah bersatu dlm dakwah pd-Mu
dan telah terpadu
dalam membela syariat-Mu
penuhilah hati hati ini
dengan Nur-Mu yang tiada pudar

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....
Ya Robbal Alaminnn....

~ 7 jeNis cInta ~

CINTA DISAMPAIKAN MENERUSI 7 PENGERTIAN DI DALAM AL-QURAN..BERIKUT ADALAH PENJELASANNYA:....
1.CINTA AL-MAWADDAH(PENUH KASIH MEMBARA)
-adalah jenis cinta yg mggebu-gebu, membara dan mekar. Org yg memiliki cinta jemis mawaddah ini, mahu slalu berdua, enggan brpisah dan slalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Is ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak boleh melihat cinta lain.Kebiasaannya cinta ini adalah cinta antara suami isteri yg baru berkahwin atau cinta hamba yg soleh trhadap Allah S.W.T. Sentiasa akrab dan intim....


2.CINTA AR-RAHMAH (PENGORBANAN)
-adalah cinta yg penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia melindungi. Org yg memiliki cinta ini lebih mementingkan org yang dicintainya berbanding diri sendiri. Baginya yg penting adalah kebahagiaan kekasih meskipun untuk itu dia harus menderita. Dia sgt maklum akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
trmasuk dlm cinta rahmah adalah cinta antara org yg mempunyai talian darah terutama cinta org tua trhadap anak dan sebaliknya. Oleh itu, dalam Al-Quran kerabat disebut al-arham, dzawi al-arham, yakni org yg memiliki hubungan kasih syg secara fitri yg berasal dari hubungan kasih sayang ibu disebut rahim.
Selanjutnya antara orang2 yg memiliki hubungan darah dianjurkan utk selalu bersilaturrahim ertinya menyambung tali kasih syg., Suami isteri yg diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia zahir batin di dunia dan akhirat.


3. CINTA KULFAH (MENDIDIK)
-jenis perasaan cinta yg disertai kesedaran mendidik kepada hal2 yg positif meskipun sulit seperti org tua yg menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan kamar sendri meskipun ada pmbantu.Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yg rajin dan berdikari. Jenis cinta ini disebut di dalam Al-Quran ketika menyatakan bahawa Allah tidak membebani seseorang itu kecuali sesuai dgn kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar mnjadi manusia yang mandiri.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286:
maksudnya: Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya.


4.CINTA AL-MAILU (TIDAK KERUAN)
-adalah sejenis cinta yg brmusim dan tidak keruan.Ia berlaku dlm situasi trtntu yg melibatkan pihak kedua atau ketiga.Sifat cinta ini adalah sementara mmbara sehingga tertimbus seluruh prhatian trhadap perkara lain.Cinta jenis ini disebut di dalam al-Quran dalam konteks org yg berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yg muda,lebih cenderung mengabaikan kepada yg lama.
Hal ini dipetik daripada surah An-Nisa' ayat 129:
maksudnya: Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu berusaha dengan sungguh-sungguh,maka jangan pula kamu cenderung dengan seorang daripadanya( yang kamu cintai) dengan sepenuh kecintaan dan meninggalkan yang lain yang tergantung sendirian..


5.CINTA ASY-SYAGHAF (MABUK ASMARA)
-adalah jenis cinta yg sgt mendalam,membuta-tuli dan memabukkan. Org yg diserang cinta jenis ini menjadi seperti org gila, lupa diri dan hampir2 tidak menyedari apa yg dilakukannya. Al-Quran menggunakan perumpamaan cinta asy-syaghaf ketika mengisahkan bagaimana cinta Zulaikha,isteri pembesar mesir kepada anak angkat bujangnya, Nabi Yusuf. Cinta ini mendesak Zulaikha utk berbuat zina dengan anak angkatnya. Tapi Allah menyelamatkan Nabi Yusuf dari godaan ibu angkatnya.
merujuk surah Yusuf ayat 30:
Maksudnya: Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa."sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri. Dia telah terkena kemabukan cinta,kami melihatnya (isteri raja) berada di dalam kesesatan yang nyata."


6.CINTA RA'FAH (DAYUS)
-adalah cinta yang menimbulkan rasa kasih yg dalam sehingga mengalahkan norma2 kebenaran misalnya ibubapa yang kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat dan membelanya meskipun anak itu salah. Suami yg kasih kepada isteri sehingga sanggup membiarkan isterinya berbuat dosa. Ini adalah cinta dayus. Al-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan manusia agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan org tidak menegakkan hkum Allah. Dalam ayat menjurus ke arah org yg melakukan zina.
surah An-Nur ayat 2
maksudnya: Penzina wanita dan penzina lelaki itu wajib disebat setiap seorang sebanyak seratus sebatan dan jangan pula kamu merasa belas kasihan terhadap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat.


7.CINTA SHOBHAH (SYAHWAT)
-adalah jenis cinta syahwat yg buta dan cinta yg mndorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak. Al-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yg setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf memohon dimasukkan ke dalam penjara kerana jika tidak ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan yg bodoh...
surah Yusuf ayat 33:
maksudnya: Wahai Tuhanku penjara itu lebih aku cintai kepada apa yang diserukan oleh (Zulaikha) atas diriku kepada perbuatan itu(zina), jika Engkau tidak hindarkan aku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk di kalangan orang yang bodoh.


* pErmaTa yaNg d!caRi *

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tuesday, March 15, 2011

* kEtuLusAn haTi *





Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

10 tanda die JODOH kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.