Wednesday, November 9, 2011

:: antara rela dan paksa ::

Bismilllahirahmanirahim..





aku di persimpangan,
antara kiri dan kanan,
antara kasih dan sayang,
antara rela dan paksa.


Aku harus memilih,
kerna kakiku ini perlu melangkah,
meski sesekali sumbang jua langkahku,
meski suatu ketika aku kan terjatuh,
menahan kesakitan yang mengundang airmata.

Namun aku pasrah...
lebih rela merasa pedihnya terjatuh,
dari aku terus bingung dipersimpangan,
dari aku terus menunggu tanpa jawapan.

Sabarlah duhai hati,
bangkitlah wahai diri,
Pilihan tetap di genggaman...

** pernah dulu **

......ASSALAMUALAIKUM....



pernah dulu rasa terkilan.
dengan apa yang terjadi.
sehingga lupa yang semua ini
takdir YANG MAHA ESA.
setiap yang berlaku ada hikmah .
namun hati alpa sehingga
lupe semua itu.
pernah dulu rasa kecewa.
tak punya apa yang diimpikan.
segalanya hancur sekelip mata.
padahal tahu yang TUHAN 
punyai percaturan tersendiri..
pernah dulu rasa putus asa.
macam tiada  iman dalam dada.
walhal tahu semua itu ujian dariNYA.
menguju kesabaran hamba-hambaNYA.

rupenya semua ini kehendakNYA.
mahu hambanNYA 
lebih setia bersamaNYA.
jgn pernah putus asa dengan
ujianNYA.
kerana DIA hendak memberi yang lebih dari
apa yang kita mahukan.
cuma masanya belum tiba.
harus sabar seadanya.
hingga tiba masanya...

:: spontaneous Thursday ::





T.E.R.K.I.L.A.N