Wednesday, April 20, 2011

pemBeri daN peNerimA tUlang rUsuk~~~



kalau Orang kata,sedih??
aku akan jawab,memang aku sedang bersedih...








knp???
sejenak aku berfikir.............
knp ya, PEMBERI tulang rusuk selalu aku rasakan menyeksa HATI
PENERIMANYA??

mereka sebagai seorang LELAKI yg mulia hati
dan budi pekertinya seharusnya menerima teguran ini umpama
seorang PEMIMPIN yg sedang menerima teguran RAKYATNYA...

dan sudah tentu teguran ini bukanlah untuk 
menjatuhkan maruahnya sebagai seorang LELAKI,
akan tetapi, dia seharusnya menerima positif akan teguran ini
untuk memperbaiki cara kepimpinan yg betul dan sentiasa di redhai Allah...


tidak patut rasanya sebagai insan yg bergelar LELAKI,SUAMI,
PEMIMPIN, serta IMAM dlm rumah tangga,
memarahi insan yg bergelar WANITA atau ISTERI...


aku tahu...dan aku pasti, semua orang tahu...
seorang WANITA di ciptakan dari tulang rusuk kiri yg bengkok...
betul???

mana mungkin tulang rusuk yg bengkok itu akan sempurna,
sedangkan ia tidak di luruskan oleh kelembutan dan keluhuran
hati si PEMBERINYA, iaitu insan yg di gelar LELAKI  atau SUAMI...
dialah IMAM...dan dia jugalah PEMIMPIN...

walaupun LELAKI adalah PEMILIK rusuk itu,
namun....hati WANITA tidak seharusnya di sakiti
hanya kerana kamu wahai LELAKI adalah PEMILIK rusuk itu.....
ringankanlah tenganmu untuk membantu ISTERIMU itu...
bukan hanya pandai menyuruh...dan menengking
sehingga melukakan hati ISTERIMU...
jangan kamu hina dan keji WANITA itu,
kerana WANITA itulah yg telah melahirkan zuriatmu
wahai LELAKI....
kerana WANITA itu lah yang akan memberikan ketenangan
tatkala LELAKI dirundung masalah…
kerana WANITA itu jugalah yang akan memberi kesenangan
dikala LELAKI dalam kesukaran…


No comments: