Friday, May 6, 2011

" wAhaI hAti "
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnai...laihirajiun".
 


salam buat hati yg bersedih... tabahkanlah hatimu moga kau kan tetap merelakan kebahagiannya bersama insan baru.. tertulis sudah di LUH MAHFUZ bahawa dia telah menemukan cinta pertamanya yg sejati dr ALLAH.. alhamdulillah.. syukur ku panjatkan.. semoga dikau kan tetap berbahagia... berbahagia selamanya.. AMIN.
Pilunya hatiku, sungguh xdapat dinafikan hati siapalah yg ingin kan perpisahan denganmu.. Aku selalu mengingatkan hati ini bahawa bahagia yg kite lalui tidak akan selamanya indah.. Lantas Allah berikan dugaan ini padaku.. YaAllah.. kuatkah aku menghadapi semua ini? Tuhan tidak akan memberikan ujian sekiranya hamba-MU tidak dapat melaluinya. Sedetik , hati ini kembali tenang dengan ayat tersebut,, 

Sayang, seremuk mana jua hatiku, takkan ku mencuri kekasih org dari seorg insan bergelar wanita.. Ku juga wanita dan tentunya hati insan yg lemah ini aku juga dpt merasakan nya andai kekasihku diambil org.. Biarlah, ku berikan hati yg tidak seberapa ini sebagai galang ganti jika itu dapat memberikan 1000 hati berbunga atas perkahwinanmu kelak..
Undanglah aku sayang di hari perkahwinanamu.. kelak akan ku tabahkan hati ini sekeras kerikal, agar tidak akan setitis air mata pun tumpah apabila berhadapan denganmu.. Sayang, andai wujudnya alat pengukur kasih sayangku terhadapmu, tidak ada insan lain yg bertakhta di hatiku selainmu.. Setiap detik saat dan ketika, memori indah bersamamu kan ku bawa hingga akhir nafas ini sayang.. 

No comments: